Anda Kini Boleh Hantar Sticker Menggunakan Whatsapp

by - Saturday, October 27, 2018

Anda Kini Boleh Hantar Sticker Menggunakan Whatsapp

Kami hairan dan pelik kenapa fungsi sokongan Sticker masih belum terdapat pada aplikasi Whatsapp sedangkan aplikasi messegers yang lain seperti LINE, Telegram dan Facebook Messenger sudah lama memperkenalkan fungsi Sticker ini.

Namun, hari ini dalam sejarah dimana Whatsapp sudah mula memperkenalkan sokongan sticker untuk semua pengguna. Pastikan korang melakukan update terlebih dahulu untuk dapat menggunakan fungsi emoji Sticker ini.

Anda Kini Boleh Hantar Sticker Menggunakan Whatsapp

BAGAIMANA CARANYA UNTUK MENGGUNAKAN WHATSAPP STICKER?

Senang sahaja, korang masuk ke aplikasi Whatsapp dan tekan butang Emoji pada bahagian penjuru kiri sebelum korang menaip dan seterusnya korang pilih tab "Stickers" dan taa-daa! Korang juga boleh muat-turut pelbagai "Stickers" yang disediakan dibutang "+" semasa membuka tab "Sticker" ini.

Anda Kini Boleh Hantar Sticker Menggunakan Whatsapp
image credit to - livemint
Sumber:

Telecomtalk
TheVerge
Amanz

ANDA MUNGKIN MEMINATI:

0 Comments