Apa Itu Netflix Dan Kenapa Aku Terjebak

by - Monday, November 19, 2018

Apa Itu Netflix Dan Kenapa Aku Terjebak


Assalamualaikum Hairangers. Ya, Netflix..sebuah portal yang membolehkan kita akses ke pelbagai jenis movie, tv drama, anime, dokumentari dan pelbagai genre yang menarik secara online. Dulu Netflix ini hanya beroperasi di US, namun mereka telah melebarkan jajahan sehingga ke Malaysia.


Apa Yang Menarik Tentang Netflix?


Pakej Langganan yang ditawarkan sememangnya berbaloi bagi aku. Terdapat 3 pakej yang ditawarkan dan aku memilih pakej RM42/sebulan memandagkan pakej ini menawarkan tayangan HD serta boleh ditonton dalam 2 screen pada masa yang sama. Mula - mula ingat nak ambil yang RM33/sebulan sahaja, tapi zaman sekarang semua pakat tengok HD movie belaka, takkan aku masih nak tengok kualiti SD. Tengok Youtube pun aku pilih kualiti HD hahaha. Lupa nak mention, Netflix juga menawarkan langganan PERCUMA untuk satu bulan pertama apabila kita melanggan. So memang berbaloi la.


Apa Itu Netflix Dan Kenapa Aku Terjebak


Kenapa Aku Terjebak?


Stranger Things - ini TV Drama yang membuatkan aku terjebak dalam kancah Netflix ini. Mula - mula tengok trailer sahaja tapi bila baca sinopsis bagai, rasa terpikat pula nak tengok. So, aku ingat nak langgan PERCUMA untuk satu bulan lepas tu terminate la, bijak tak? Lepas settle tengok Stranger Things, maka bermulalah explorasi movies - movies yang berikutnya. Kemudian aku terjumpa pula anime Bleach full season. Damn! Suatu ketika dulu anime ni jadi fenomena bagi aku, siap pensil aku study pun aku bagi nama. Hahaha (Bleach ini sebuah anime yang mengisahkan tentang dunia shinigami atau malaikat maut yang melawan Hollow. Senjata mereka guna dipanggil Zanpakutou iaitu Pedang dan setiap pedang ini ada nama dan kuasa tersendiri). Oleh sebab aku start tengok Season 1, makanya kena tengok semua Season la nampaknya.


Apa Itu Netflix Dan Kenapa Aku Terjebak


Berbaloi ke idok?


Siapa - siapa yang benci Astro, memang sesuai langgan Netflix, dan korang boleh terminate sesuka hati tanpa kena denda. Memang tak tertengok lah semua movies sebab Netflix akan update dan masukkan movies setiap hari. Cuma maybe movie tidak berkekalan, untuk suatu ketika Netflix akan remove movie yang lama dan ganti movie yang baru or vise versa.


Sekarang terjebak tengok iFlix pula, jilake tul!



ANDA MUNGKIN MEMINATI:

2 Comments

  1. takdak masa nak layan semua ni tapi selalu beli pakej dia ha ha ha ha -_-

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe takpe sbb nak terminate ikut suka kita..takde contract

      Delete