Ilustrasi mulut yang ditunjukkan ini bukan hasil dari kemalangan jalan raya, tetapi dari obsesi doktor dengan teori gila yang menyebabkan beratus-ratus pesakitnya mati dan beribu-ribu cacat seumur hidup.
Dr. Henry Cotton adalah pengarah perubatan Hospital di Trenton, sebuah Hosiptal Sakit Jiwa di New Jersey. Sebelum dia kembali ke Amerika Syarikat untuk menerima jawatan sebagai pengarah perubatan pada usia 30 tahun, Cotton telah mempelajari bidang psikiatri di Eropah di bawah dua tokoh legenda pada masa itu, iaitu Emil Kraepelin dan Alois Alzheimer. Beliau juga merupakan pelajar Dr Adolf Meyer dari Sekolah Perubatan Johns Hopkins. Semua tokoh ini adalah pakar dalam bidang psikiatri, terutama Meyer yang mengakui bahawa masalah psikiatri adalah masalah personaliti manusia dan bukannya otak. Meyer juga mengakui bahawa aktiviti dan kesihatan mental individu adalah berhubung-kait, dan dia menggunakan kaedah rawatan terapi, khidmat masyarakat dan aktiviti kerohanian untuk memulihkan pesakit mental.
Walaupun ajaran-ajaran revolusionernya telah menjadi sangat kukuh di dalam teori dan amalan psikiatri moden, Meyer juga menyuarakan idea bahawa penyakit mental juga boleh disebabkan oleh jangkitan bakteria, berdasarkan pemerhatian bahawa pesakit yang demam panas sering kali berhalusinasi. Henry Cotton tertarik dengan idea bahawa kuman adalah punca semua penyakit mental. Pada tahun 1913, apabila laporan mengesahkan bahawa bakteria yang menyebabkan sifilis membawa kepada gejala psikiatri dan demensia, Cotton menjadi yakin dengan teorinya sendiri. Tidak lama selepas itu, beliau mula melaksanakan teorinya kepada penghuni di Hospital Trenton. Pada masa itu, belum ada lagi penciptaan penisilin, maka satu-satunya cara untuk menghapuskan jangkitan ialah pembedahan membuang organ yang dijangkiti.
Henry Cotton melakukan pembedahan dengan mengeluarkan gigi pertama dan perlahan-lahan bergerak ke arah organ-organ lain. Bagi Cotton, Mulut adalah tempat paling senang untuk dijangkiti bakteria. Oleh itu, dia mula dengan mengeluarkan gigi yang dijangkiti, gigi tidak rosak dan gigi dengan rongga. Dia juga telah mengeluarkan giginya sendiri, serta isteri dan dua anaknya, sebagai langkah imunisasi untuk mengelakkan risiko jangkitan. Apabila kaedah mencabut gigi tidak menyembuhkan pesakitnya, dia menggandakan usahanya dengan cuba mengeluarkan tonsil dan sinus pula. Sekiranya dia masih tidak berjaya menyembuhkan penyakit tersebut, dia akan mula mengesyaki bahawa organ - organ yang dijangkiti.
Daripada tiga pesakit yang dikendalikan oleh Henry Cotton, seorang pesakit pasti meninggal dunia. Henry Cotton tidak menyalahi teorinya bahkan dia mengatakan kematian pesakit adalah disebabkan keadaan fizikal pesakit yang lemah akibat psikosis kronik. Ada juga pesakit yang terselamat dan membuatkan Henry Cotton yakin dan mewar-warkan kepada orang ramai bahawa teori dan rawatan beliau adalah 85% berkesan. Hal ini menyebakan ramai orang yang mengalami masalah mental berlumba - lumba mahu mendapatkan rawatan daripada beliau
Sementara itu, di Sekolah Perubatan Johns Hopkins, Dr. Adolf Meyer mengarahkan Phyllis Greenacre, (kakitangan Dr Adolf Meyer) untuk menjalankan kajian untuk menilai kerja Cotton di Trenton dengan harapan akan mendapat laporan yang positif mengenai kerja bekas pelajarnya. Sepanjang penelitian Greenacre dia banyak terganggu dengan penampilan dan tingkah laku pesakit di Hospital Cotton. Semua wajah pesakitnya sangat murung dan percakapan mereka sukar difahami kerana tiada seorangpun dari mereka yang mempunyai gigi. Greenacre juga mendapati rekod hospitalnya tidak terurus dan kebanyakan statistik yang diberikan oleh Henry Cotton bercanggah dengan laporan sebenar. Greenacre juga terkejut apabila mendapati statistik kematian pesakitnya sangat tinggi berbanding pesakit yang sembuh.
Namun, setelah berbulan - bulan Greenacre melakukan penelitian didalam siasatanya, Greenarce telah dilaporkan hilang. Apabila Adolf Meyer membaca laporan milik Greenacre yang telah dijumpai, dia terkejut dengan penemuan itu namun demi menjaga karier Dr Henry Cotton, Adolf Meyer memilih untuk berdiam diri.
Dr Henry Cotton bersara dari Hospital Trenton dan membuka hospital swastanya sendiri di Trenton di mana beliau masih meneruskan rawatan tersebut keatas pesakitnya. Pada ketika dia jatuh mati akibat serangan jantung pada 8 Mei 1933, dia telah membunuh beratus-ratus orang. Meyer menulis sebuah obituary yang mendalam mengenai kematiannya, walaupun mengetahui bahawa Cotton bertanggungjawab atas kematian bilangan pesakit yang tidak terkira. Anak-anak Cotton sendiri menjadi mangsa doktor gila ini. Kedua-duanya membunuh diri pada usia pertengahan.
[sumber : Amusing Planet]
1 Comments
Doktor gila, sebab tu orang tak amik vaksin!
ReplyDelete