• UTAMA
  • MENGENAI AKU
  • HUBUNGI AKU
  • PENAFIAN
  • ISI KANDUNGAN
Powered by Blogger.
youtube facebook instagram twitter

Encik Hairan

Benar! Seagung namanya, MATRIX Power Watch 2 merupakan sebuah jam pintar yang direka dengan kebolehan menukar suhu badan sipemakai kepada tenaga untuk pengecasan semula jam pintar dengan menggunakan teknologi thermoelectric dan teknologi solar. Anda tidak lagi perlu untuk cas bateri kerana suhu badan anda adalah punca kuasa kepada jam pintar ini. Dilengkapi dengan pengesan nadi jantung, kiraan kalori yang tepat dan GPS tracking sistem. Haibat!

MATRIX Power Watch 2, Jam Pintar Yang Guna Suhu Badan Untuk Re-Charge

MATRIX Power Watch 2, Jam Pintar Yang Guna Suhu Badan Untuk Re-Charge
MATRIX Power Watch 2, Jam Pintar Yang Guna Suhu Badan Untuk Re-Charge

MATRIX Power Watch 2, Jam Pintar Yang Guna Suhu Badan Untuk Re-Charge

[sumber: MATRIX Power Watch 2]
No Comments
Dr Henry Cotton, Doktor GIla Yang Merawat Pesakit Dengan Mencabut Gigi

Ilustrasi mulut yang ditunjukkan ini bukan hasil dari kemalangan jalan raya, tetapi dari obsesi doktor dengan teori gila yang menyebabkan beratus-ratus pesakitnya mati dan beribu-ribu cacat seumur hidup.

Dr Henry Cotton, Doktor GIla Yang Merawat Pesakit Dengan Mencabut Gigi

Dr. Henry Cotton adalah pengarah perubatan Hospital di Trenton, sebuah Hosiptal Sakit Jiwa di New Jersey. Sebelum dia kembali ke Amerika Syarikat untuk menerima jawatan sebagai pengarah perubatan pada usia 30 tahun, Cotton telah mempelajari bidang psikiatri di Eropah di bawah dua tokoh legenda pada masa itu, iaitu Emil Kraepelin dan Alois Alzheimer. Beliau juga merupakan pelajar Dr Adolf Meyer dari Sekolah Perubatan Johns Hopkins. Semua tokoh ini adalah pakar dalam bidang psikiatri, terutama Meyer yang mengakui bahawa masalah psikiatri adalah masalah personaliti manusia dan bukannya otak. Meyer juga mengakui bahawa aktiviti dan kesihatan mental individu adalah berhubung-kait, dan dia menggunakan kaedah rawatan terapi, khidmat masyarakat dan aktiviti kerohanian untuk memulihkan pesakit mental.

Walaupun ajaran-ajaran revolusionernya telah menjadi sangat kukuh di dalam teori dan amalan psikiatri moden, Meyer juga menyuarakan idea bahawa penyakit mental juga boleh disebabkan oleh jangkitan bakteria, berdasarkan pemerhatian bahawa pesakit yang demam panas sering kali berhalusinasi. Henry Cotton tertarik dengan idea bahawa kuman adalah punca semua penyakit mental. Pada tahun 1913, apabila laporan mengesahkan bahawa bakteria yang menyebabkan sifilis membawa kepada gejala psikiatri dan demensia, Cotton menjadi yakin dengan teorinya sendiri. Tidak lama selepas itu, beliau mula melaksanakan teorinya kepada penghuni di Hospital Trenton. Pada masa itu, belum ada lagi penciptaan penisilin, maka satu-satunya cara untuk menghapuskan jangkitan ialah pembedahan membuang organ yang dijangkiti.

Henry Cotton melakukan pembedahan dengan mengeluarkan gigi pertama dan perlahan-lahan bergerak ke arah organ-organ lain. Bagi Cotton, Mulut adalah tempat paling senang untuk dijangkiti bakteria.  Oleh itu, dia mula dengan mengeluarkan gigi yang dijangkiti, gigi tidak rosak dan gigi dengan rongga. Dia juga telah mengeluarkan giginya sendiri, serta isteri dan dua anaknya, sebagai langkah imunisasi untuk mengelakkan risiko jangkitan. Apabila kaedah mencabut gigi tidak menyembuhkan pesakitnya, dia menggandakan usahanya dengan cuba mengeluarkan tonsil dan sinus pula. Sekiranya dia masih tidak berjaya menyembuhkan penyakit tersebut, dia akan mula mengesyaki bahawa organ - organ yang dijangkiti.

Daripada tiga pesakit yang dikendalikan oleh Henry Cotton, seorang pesakit pasti meninggal dunia. Henry Cotton tidak menyalahi teorinya bahkan dia mengatakan kematian pesakit adalah disebabkan keadaan fizikal pesakit yang lemah akibat psikosis kronik. Ada juga pesakit yang terselamat dan membuatkan Henry Cotton yakin dan mewar-warkan kepada orang ramai bahawa teori dan rawatan beliau adalah 85% berkesan. Hal ini menyebakan ramai orang yang mengalami masalah mental berlumba - lumba mahu mendapatkan rawatan daripada beliau

Sementara itu, di Sekolah Perubatan Johns Hopkins, Dr. Adolf Meyer mengarahkan Phyllis Greenacre, (kakitangan Dr Adolf Meyer) untuk menjalankan kajian untuk menilai kerja Cotton di Trenton dengan harapan akan mendapat laporan yang positif mengenai kerja bekas pelajarnya. Sepanjang penelitian Greenacre dia banyak terganggu dengan penampilan dan tingkah laku pesakit di Hospital Cotton. Semua wajah pesakitnya sangat murung dan percakapan mereka sukar difahami kerana tiada seorangpun dari mereka yang mempunyai gigi. Greenacre juga mendapati rekod hospitalnya tidak terurus dan kebanyakan statistik yang diberikan oleh Henry Cotton bercanggah dengan laporan sebenar. Greenacre juga terkejut apabila mendapati statistik kematian pesakitnya sangat tinggi berbanding pesakit yang sembuh.

Namun, setelah berbulan - bulan Greenacre melakukan penelitian didalam siasatanya, Greenarce telah dilaporkan hilang. Apabila Adolf Meyer membaca laporan milik Greenacre yang telah dijumpai, dia terkejut dengan penemuan itu namun demi menjaga karier Dr Henry Cotton, Adolf Meyer memilih untuk berdiam diri.

Dr Henry Cotton, Doktor GIla Yang Merawat Pesakit Dengan Mencabut Gigi

Dr Henry Cotton bersara dari Hospital Trenton dan membuka hospital swastanya sendiri di Trenton di mana beliau masih meneruskan rawatan tersebut keatas pesakitnya. Pada ketika dia jatuh mati akibat serangan jantung pada 8 Mei 1933, dia telah membunuh beratus-ratus orang. Meyer menulis sebuah obituary yang mendalam mengenai kematiannya, walaupun mengetahui bahawa Cotton bertanggungjawab atas kematian bilangan pesakit yang tidak terkira. Anak-anak Cotton sendiri menjadi mangsa doktor gila ini. Kedua-duanya membunuh diri pada usia pertengahan.

[sumber : Amusing Planet]
1 Comments
Benar! Huawei telah melancarkan peranti pintar mereka iaitu Huawei Mate X dengan skrin fleksibel yang boleh dilipat. Menurut Huawei, Mate X ini akan menjadi pelopor kategori baru peranti mudah alih dengan skrin nipis, fleksibel yang boleh dilipat kepada separuh saiznya. Lipatan ini berfungsi dengan cara engsel yang pertama dicipta oleh Huawei dimana pengguna peranti boleh mengubah dari tablet 8 inci kepada peranti pintar saiz 6.6 inci yang lebih padat.

Sebelum dilipat, peranti ini mempunyai ketebalan 5.4 milimeter manakala setelah dilipat, peranti ini akan mencapai ketebalan 11 milimeter. Skrin Mate X ini memaparkan paparan diod pemancar cahaya organik (OLED), dimana setiap pixel menyediakan pencahayaan sendiri dan bukan diterangi oleh lampu latar LED.

Ciri - ciri lain termasuk mode split screen yang direka untuk fungsi multitasking, yang membolehkan pengguna untuk menulis e-mel atau mengendalikan fail semasa melayari internet atau menonton video.

Pengimbas cap jari diintegrasikan ke dalam butang suis kuasa, membolehkan pengguna membuka peranti dengan selamat dengan hanya satu sentuhan.

Huawei Mate X juga mempunyai sistem kamera Multi-lens Leica bersepadu di bahagian depan dan belakang peranti, yang mempunyai kamera kualiti yang sama untuk mengambil selfies seperti yang dilakukan untuk imej yang menghadap belakang.

Harga pasaran dianggarkan lebih mahal berbanding peranti pintar keluaran Samsung Galaxy. Kita sama - sama tunggu dan lihat apabila ianya dilancarkan ke pasaran Malaysia

Huawei Mate X, Smartphone Yang Boleh Dilipat

Huawei Mate X, Smartphone Yang Boleh Dilipat

Huawei Mate X, Smartphone Yang Boleh Dilipat

Huawei Mate X, Smartphone Yang Boleh Dilipat

Huawei Mate X, Smartphone Yang Boleh Dilipat

2 Comments
Fakta Sebenar Doula Yang Perlu Para Ibu - Ibu Mengandung Tahu

Kecoh baru - baru ini di media sosial apabila rancangan diskusi ilmiah, Analisis yang ditayangkan di TV AlHijrah membincangkan topik berkaitan khidmat doula di Malaysia. Diskusi yang berurasi 1 jam itu telah membuka mata para netizen tentang apa itu Doula dan peranan Doula mengikut tafsiran panel jemputan iaitu Doula Yatt. Namun, banyak komen - komen negatif daripada netizen beranggapan Doula Yatt langsung tidak menjawap soalan dan penerangan beliau kabur serta suka 'jumping all around'. Kami juga terpanggil untuk menonton siaran ulangan tersebut dan cuba mencari fakta yang sebenarnya berkaitan Doula supaya ibu - ibu yang ingin menggunakan khidmat doula mengetahui apakah khidmat yang diperolehi sepanjang menggunakan Doula.

Apa itu Doula?

Perkataan 'doula' adalah berasal dari perkataan Greek yang bermaksud 'hamba wanita'. Golongan ini wujud berabad lamanya dan dikatakan mampu memberi pengalaman positif kepada para ibuan yang hamil dan bakal bersalin. Menurut penjelasan American Pregnancy Organization, doula adalah seorang pelatih profesional yang membantu memberikan sokongan dari segi:

1. Emosi

2. Pendidikan (contohnya, ilmu kehamilan, cara meneran, cara bernafas)

3. Fizikal (secara sentuhan seperti urutan)

Sokongan ini diberikan kepada ibu yang hamil, akan bersalin, atau telah bersalin. Tugas utama doula adalah untuk membantu para ibu mempunyai pengalaman bersalin yang selamat, menenangkan dan diingati.

Jenis - jenis Doula di Malaysia

Menurut WebMD, secara asasnya, ada 3 jenis doula iaitu doula antepartum, doula labor, dan doula pospartum.

Doula Antepartum membantu memberi ilmu kehamilan dan mengajar cara-cara bersalin kepada ibu mengandung.

Doula Labor pula berada di sisi ibu ketika bersalin. Namun, seorang doktor ada berkongsi dengan kami tentang isu doula di Malaysia:

“Hospital kerajaan tidak membenarkan orang lain masuk ke bilik bersalin. Malah, sesetengah polisi hospital swasta di Malaysia juga tidak membenarkannya.”

Manakala, Doula Postpartum akan berada di sisi ibu selepas bersalin dan membantu dalam hal penjagaan bayi dan penyusuan. Malah, menurut WebMD, ada juga Doula Postpartum yang membantu dari segi penjagaan ibu dan pengurusan kerja rumah.

Adakah doula ganti suami untuk berada di sisi isteri ketika bersalin?

TIDAK! Doula bukan bertujuan untuk mengganti tugas suami untuk berada di sisi isteri ketika bersalin. Mereka lebih dianggap sebagai sokongan tambahan untuk si ibu. Suami masih perlu memainkan peranan aktif dalam hal penjagaan isteri dan proses bersalin.

Apa beza antara Doula dan Bidan?

Mungkin ramai para ibu di luar sana yang masih keliru tentang perbezaan antara doula dan bidan, atau turut dikenali sebagai midwife.

Berdasarkan penerangan Healthline.com, bidan adalah seorang ahli medikal terlatih dan profesional yang boleh membantu secara langsung ketika proses bersalin.

Manakala, doula pula hanya berfungsi sebagai peneman yang membantu untuk memberi panduan secara lisan tentang cara meneran atau mengurut bagi menenangkan ibu yang sedang bersalin.

Fakta Sebenar Doula Yang Perlu Para Ibu - Ibu Mengandung Tahu

Selepas memahami tentang maksud doula dan tugasnya, mari ketahui beberapa fakta penting lain.

Kami merasakan, para ibu di luar sana perlu mengetahui tentang perkara ini supaya tiada lagi salah faham dan kes tragedi bersalin dapat dielakkan.

  1. Doula tidak boleh memberikan sebarang nasihat atau penjagaan perubatan kepada ibu hamil, terutamanya tentang hal obstetrik.
  2. Doula sama sekali tidak menggantikan tugasan jururawat, doktor dan doktor pakar.
  3. Doula boleh berkongsi informasi tentang cara bersalin/penyusuan/penjagaan bayi tetapi tidak boleh menetapkan cara bersalin bagi pihak ibu.
  4. Doula boleh menjadi sebahagian daripada kumpulan penasihat ibu (di samping doktor, jururawat dan bidan), tetapi bukanlah penasihat perubatan utama yang tunggal.
  5. Doula sepatutnya tidak menangani kes ibu yang mempunyai kehamilan berisiko tinggi atau menangani sebarang isu kecemasan ketika bersalin.


[sumber: The Asian Parent]
No Comments
Ulasan Ringkas Filem Misteri Dilaila Versi 1 (BUKAN SPOILER)

Selesai tonton filem terbaru Syafiq Yusof iaitu Misteri Dilaila. Sebagaimana yang korang tahu, cerita ini ada 2 ending yang berbeza dan storyline pun berbeza. Yang aku tengok adalah versi 1. Perkembangan cerita ni baik, tersusun dan consistent. Takde babak boring, cakap banyak, cintan cintun. Korang akan terus menerus disuap dengan pelbagai persoalan dan misteri kehilangan Dilaila.

Sampai satu babak, Korang akan rasa "Oooo rupanya macam nih..." seolah -olah korang dah boleh baca endingnya, ternyata korang kena twist dengan Syafiq Yusof. Hahaha (kalau sapa - sapa yang ada pernah tengok cerita Shutter Island lakonan Leonardo DiCaprio pastinya dah boleh agak dah)

TAPI! itu cuma references yang Syafiq Yusof apply sedikit sahaja dalam cerita ini, the biggest plot twist is bila betul - betul sampai ending tu yang buat aku pun HAIRAN! dan sampai sekarang masih keliru. kalau korang tengok cerita Inception, ending dia korang akan tertanya - tanya, Diorang ni masih dalam mimpi ke atau realiti.

Sama macam Misteri Dilaila nih, sapa yang mati, sapa yang komplot, sapa sebenarnya polis, makcik cleaner yang dimention diawal cerita ni terlibat ke tak? Jeff ni ada bawa pompuan lain ke? Hantu yang ganggu Jeff tu sapa sebenarnya? Kenapa result DNA test bukan milik Dilaila?

Dalam versi 1 nih Syafiq Yusof nak korang perah otak dengan ending yang clifhanger. Siot tul! Aku sampai sekarang takboleh brain last ending tu. Kena tengok kali kedua nampaknya.

p/s: Syafiq Yusof bagi 3 klue

1. Lepas keluar logo skop production tu kena tengok dengan teliti babak Jeff dan Dilaila naik Fraser's Hill
2. Perhatikan Balai Polis pada waktu malam
3. Lagu end-credit Misteri Dilaila

Korang ada explanation tak untuk last ending versi 1. Kalau ada kongsi la dengan aku yang masih kusut dan hairan ini. Hahaha

Rating 5/5
2 Comments
Anda ada barangan yang sudah rosak dan tidak boleh digunapakai dan barangan tersebut mempunyai sentimental value sehingga anda tidak mahu membuangnya? Kami sediakan kepada anda figura steampunk yang hanya diperbuat oleh barangan kitar semula supaya mempunyai idea untuk kitar semula barangan anda in a cool way. Awesome!


Figura Steampunk Dari Barang Kitar Semula Yang Awesome (16 Gambar)

Figura Steampunk Dari Barang Kitar Semula Yang Awesome (16 Gambar)

Figura Steampunk Dari Barang Kitar Semula Yang Awesome (16 Gambar)

Figura Steampunk Dari Barang Kitar Semula Yang Awesome (16 Gambar)

Figura Steampunk Dari Barang Kitar Semula Yang Awesome (16 Gambar)

Figura Steampunk Dari Barang Kitar Semula Yang Awesome (16 Gambar)

Figura Steampunk Dari Barang Kitar Semula Yang Awesome (16 Gambar)

Figura Steampunk Dari Barang Kitar Semula Yang Awesome (16 Gambar)

Figura Steampunk Dari Barang Kitar Semula Yang Awesome (16 Gambar)

Figura Steampunk Dari Barang Kitar Semula Yang Awesome (16 Gambar)

Figura Steampunk Dari Barang Kitar Semula Yang Awesome (16 Gambar)

Figura Steampunk Dari Barang Kitar Semula Yang Awesome (16 Gambar)

Figura Steampunk Dari Barang Kitar Semula Yang Awesome (16 Gambar)

Figura Steampunk Dari Barang Kitar Semula Yang Awesome (16 Gambar)

Figura Steampunk Dari Barang Kitar Semula Yang Awesome (16 Gambar)

Figura Steampunk Dari Barang Kitar Semula Yang Awesome (16 Gambar)

No Comments
Adakah anda seorang yang tidak percayakan NASA atau kajian - kajian Ilmuwan sebelum ini yang mengatakan bumi ini bulat kerana anda rasakan ianya adalah konspirasi teori yang diada adakan oleh Illuminati sebab anda baru sahaja menonton The Arrival? Anda juga percaya bumi ini rata kerana setelah naik KLCC dan tengok keluar tingkap dan tak nampak langsung lengkungan dan terus percaya bulat - bulat yang bumi itu rata? Atau anda bijak sedikit dengan cuab untuk menidakkan adanya tarikan graviti?

Kami sediakan video untuk anda cuba berfikir sejenak apa yang berlaku sekiranya Bumi adalah rata supaya anda dapat polish otak anda yang sedikit karat dan berhabuk. ENJOICE!




1 Comments
Anda ingin melakukan kelainan pada baju Hari Raya anda kerana anda seorang instafamous OOTD yang gemarkan like dan view yang tinggi? Mungkin idea ini membolehkan hasrat anda tercapai tanpa dikecam netizen dengan menggabungkan Baju Kimono Dari Jepun dengan tudung anda separas dada. Butik di Jepun ada menyediakan koleksi kimono yang boleh dipadankan dengan tudung warga Muslimah modern.

Jika anda berada di Kyoto Jepun, singgahlah ke butik Yumeyakata untuk mencuba dan menyewa baju - baju rekaan kimono yang menepati citarasa Muslimah modern. Why Not?





No Comments
Anda sudah bosan dengan penanda buku anda yang reka bentuknya sangatlah common dan tidak senggama minda? Corak bunga, butterfly dan pen terlalu tadika bagi anda? Jangan khuatir, kini anda boleh memiliki penanda buku dengan reka bentuk yang cool dan epik dari Kindred Whispers. Penanda buku dengan rekaan pedang yang sungguh versatile dan rare menjadikan pengalaman anda membaca buku seolah - olah seperti seorang penggembara. Yang menariknya, reka bentuk penanda buku ini boleh dipra-tempah mengikut kehendak nafsu anda. Dengan harga RM84.10 pastinya pengalaman anda membaca buku menjadi lebih menarik dan mengasyikkan!








No Comments
Video Gaming secara live pada masa kini sedang menjadi trend buat penggemar pemain video game. Permainan video seperti PUBG (Playerunknown's Battlegrounds), Fortnite dan yang terbaru Apex Legend menjadi kegilaan semua peminat video gaming. Aku juga tidak terkecuali untuk turut serta dalam arena Video Gaming secara Live di Facebook Page aku iaitu di iniencikhairan

Menjadi streamer untuk permainan video game boleh menjana pendapatan yang lumayan dan aku tidak mahu lepaskan peluang untuk mencuba. So Guys! Ini adalah video live streaming aku yang pertama dan inshaAllah akan ada lebih banyak lagi. Selamat menonton guys!

Gaming Bossku - Video Gaming Live Streaming Aku Yang Pertama



No Comments
Dinding rumah korang bosan kerana tiada hiasan yang menarik atau korang tiada idea langsung untuk menghias dinding rumah korang yang plain dan warna cat yang pudar serta lusuh? Cuba korang beli produk dari City Skyline Lamp. Reka bentuk lampu ini akan memancarkan bayang - bayang yang cool dengan reka bentuk bandar yang ikonik seperti bandar New York. Rekaan lampu ini juga hadir dengan rekaan bandar Chicago, San Fransisco, Seattle dan Boston. Setiap bahagian diperbuat daripada aluminium yang dipotong serbuk laser yang direka di Ohama, Nebraska.






Sumber - TUVIE
No Comments
Newer Posts
Older Posts

TUANPUNYA BLOG INI BERTANYA

About Me

Sebarang feedback / advertising / pertanyaan boleh email ke hairanmatnoor@gmail.com

LIKE FACEBOOK AKU

FOLLOW INSTAGRAM AKU

Instagram

PALING HAIRAN MINGGU INI

  • Cara Hack Duit Car Parking Multiplayer 2020 Paling Mudah Tanpa App [TERBUKTI!]
  • Cara Mudah Lajukan Kereta Car Parking Multiplayer 2020 Malaysia
  • Cara Mudah Aku Menang Main Ice Scream 1 Horror Neighbourhood Gameplay
  • Aku Main Levels Dalam CAR PARKING MULTIPLAYER dan Satu Level Ni Buat Aku Panas!
  • CARA DAPATKAN DUIT DI CAR PARKING MULTIPLAYER 4.5.9 Dengan Mudah Tanpa Hack! (Malaysia)

ARKIB HAIRAN

  • ►  2022 (14)
    • ►  December 2022 (2)
    • ►  May 2022 (8)
    • ►  March 2022 (4)
  • ►  2021 (22)
    • ►  December 2021 (4)
    • ►  September 2021 (11)
    • ►  June 2021 (3)
    • ►  May 2021 (1)
    • ►  April 2021 (1)
    • ►  March 2021 (2)
  • ►  2020 (30)
    • ►  December 2020 (4)
    • ►  November 2020 (10)
    • ►  August 2020 (2)
    • ►  April 2020 (7)
    • ►  March 2020 (6)
    • ►  January 2020 (1)
  • ▼  2019 (19)
    • ►  December 2019 (1)
    • ►  October 2019 (1)
    • ►  September 2019 (1)
    • ►  April 2019 (1)
    • ►  March 2019 (4)
    • ▼  February 2019 (11)
      • MATRIX Power Watch 2, Jam Pintar Yang Guna Suhu Ba...
      • Dr Henry Cotton, Doktor GIla Yang Merawat Pesakit ...
      • Huawei Mate X, Smartphone Yang Boleh Dilipat
      • Fakta Sebenar Doula Yang Perlu Para Ibu - Ibu Meng...
      • Ulasan Ringkas Filem Misteri Dilaila Versi 1 (BUKA...
      • Figura Steampunk Dari Barang Kitar Semula Yang Awe...
      • 10 Perkara Yang Akan Berlaku Sekiranya Bumi Adalah...
      • Cool Bossku - Baju Kimono Jepun Untuk Muslimah
      • Cool Bossku - Penanda Buku Yang Epik
      • Gaming Bossku - Video Gaming Live Streaming Aku Ya...
      • Cool Bossku - Hiasan Bayang Lampu Dari Bandar Yang...
  • ►  2018 (24)
    • ►  December 2018 (1)
    • ►  November 2018 (3)
    • ►  October 2018 (8)
    • ►  August 2018 (4)
    • ►  June 2018 (1)
    • ►  February 2018 (1)
    • ►  January 2018 (6)
  • ►  2017 (4)
    • ►  November 2017 (2)
    • ►  September 2017 (2)

JENIS - JENIS HAIRAN

  • Ini Cool (8)
  • Ini Fakta (6)
  • Ini Filem (1)
  • Ini Gameplay (80)
  • Ini Gaming (22)
  • Ini Kreatif (2)
  • Ini Layan (1)
  • Ini Panduan (2)
  • Ini Personal (1)
  • Ini Reaksi (2)
  • Ini Seram (21)
  • Ini Teknologi (2)
  • Ini Ulasan (2)

Hakcipta oleh Encik Hairan