• UTAMA
  • MENGENAI AKU
  • HUBUNGI AKU
  • PENAFIAN
  • ISI KANDUNGAN
Powered by Blogger.
youtube facebook instagram twitter

Encik Hairan


Assalamualaikum Hairangers! Baru - baru ini Nintendo telah mengumumkan statistik jumlah jualan syarikat tersebut dari segi unik produk dan juga perisian dan permainan video. Walaupun laporan tersebut agak postif, tetapi kadar penjualan masih lemah dimana sebanyak 1.88 juta unit Switch terjual dari April hingga Jun 2018 berbanding anggaran sebanyak 20 juta unit.

Jumlah jualan rasmi Nintendo Switch adalah sebanyak 19.67 juta unit setakat 30hb Jun 2018, manakala jumlah jualan perisian mencecah 89.93 unit.

Untuk permainan video, Super Mario Odyssey kini antara yang paling laris iaitu dicatatkan jualan sebanyak 11.17 juta unit, dan diikuti oleh Mario Kart 8 Deluxe sebanyak 10.35 juta dan juga Zelda: Breath of The Wild sebanyak 9.32 juta

Super Mario Odyssey
Super Mario Odyssey

Mario Kart 8 Deluxe
Mario Kart 8 Deluxe

Zelda: Breath of The Wild
Zelda: Breath of The Wild

Aku bukan peminat Nintendo Switch tetapi console inilah yang mencorakkan dunia gaming dunia. Cuba korang terjah blog Aksiz, ada banyak video review berkaitan Nintendo ini. Jangan tanya aku sebab aku geng PS4. Muahahaha!

No Comments
Assalamualaikum Hairanger! Bagi korang yang pernah bermain God Eater, pastinya tidak asing lagi dengan permainan pertarungan dengan raksasa ini. Suatu ketika dulu, aku pernah bermain God Eater ini di PSP dan gameplay game ini memang terbaik dengan senjata kau yang besar dan kompleks! Haha bestnya mengimbau nostalgia.



Baru - baru ini Bandai Namco telah melancarkan trailer dengan sedikit teaser gameplay bagi God Eater 3. Dimaklumkan God Eater 3 bakal dilancarkan pada 8 Februari 2019. Kepada peminat God Eater 3, pastinya korang ternanti - nanti siri terbaru God Eater ini. So, jangan lepaskan peluang! Before that, ayuh layan trailer God Eater 3 ini dahulu. TQ

No Comments
Anda Kini Boleh Hantar Sticker Menggunakan Whatsapp

Kami hairan dan pelik kenapa fungsi sokongan Sticker masih belum terdapat pada aplikasi Whatsapp sedangkan aplikasi messegers yang lain seperti LINE, Telegram dan Facebook Messenger sudah lama memperkenalkan fungsi Sticker ini.

Namun, hari ini dalam sejarah dimana Whatsapp sudah mula memperkenalkan sokongan sticker untuk semua pengguna. Pastikan korang melakukan update terlebih dahulu untuk dapat menggunakan fungsi emoji Sticker ini.

Anda Kini Boleh Hantar Sticker Menggunakan Whatsapp

BAGAIMANA CARANYA UNTUK MENGGUNAKAN WHATSAPP STICKER?

Senang sahaja, korang masuk ke aplikasi Whatsapp dan tekan butang Emoji pada bahagian penjuru kiri sebelum korang menaip dan seterusnya korang pilih tab "Stickers" dan taa-daa! Korang juga boleh muat-turut pelbagai "Stickers" yang disediakan dibutang "+" semasa membuka tab "Sticker" ini.

Anda Kini Boleh Hantar Sticker Menggunakan Whatsapp
image credit to - livemint
Sumber:

Telecomtalk
TheVerge
Amanz
No Comments

Hostgator Review - Bagi korang yang baru berjinak - jinak dengan dunia blogging, adalah menjadi kewajipan untuk korang tahu apakah itu domain dan apakah itu web hosting. Kedua - dua entiti ini berkait rapat dan penting untuk kita pelajari.

Secara ringkasnya, Domain name adalah nama blog yang korang inginkan dalam extension .my .com .net atau sebagainya. Dalam erti kata lain, domain name adalah seperti nama kedai anda atau brand yang represent anda sebagai owner. Korang boleh sahaja untuk menggunakan extension seperti .blogspot.com atau .wordpress.com, namun bagi menampakkan professionalism itu, kebanyakkan blogger menyukai extension .my atau .com. Sebagai contoh, beautifulnara.com, hasrulhassan.com, hairanblog.com, ohbulan.com dan sebagainya. Taste masing - masing.


Web Hosting pula boleh difahamkan sebagai tempat untuk korang menjalankan aplikasi, menyimpan fail, gambar atau video di lokasi terpusat (server) yang boleh diakses melalui internet. Jadi, sekiranya korang ada nama kedai, pastinya korang perlu tempat penyimpanan. So, barang - barang korang akan disimpan disini.

Untuk tujuan itu, Hostgator, salah sebuah syarikat penyedia web hosting dan juga domain name, telah melakukan promosi yang agak hebat, dimana penawaran Hostgator plans sehingga 62% diskaun.

Terdapat tiga (3) pakej yang ditawarkan oleh Hostgator iaitu:

1. Hatchling Plan bermula $2.64/mo* (anggaran sebanyak RM11.02/mo*)

2. Baby Plan bermula $3.78/mo* (anggaran sebanyak RM15.78/mo*

3. Business Plan bermula $5.68/mo* (anggaran sebanyak RM23.71/mo*)

Diskaun Hebat Dari Hostgator Untuk Domain dan Web Hosting

Diskaun Hebat Dari Hostgator Untuk Domain dan Web Hosting
Dengan tiga (3) plan ini korang boleh dapatkan Hostgator domain dan juga Hostgator hosting yang berbaloi. Korang boleh ke link Hostgator Support untuk maklumat lanjut.

Disclaimer: Ini bukan posting berbayar. Sekadar perkongsian 
No Comments
Apa Itu SEO dan Kepentingan Dalam Blog

Bagi korang yang belum pernah mendengar apa itu SEO atau nama panjangnya Search Engine Optimizition, dalam entri kali ini saya akan terangkan secara ringkas apa itu SEO dan manfaatnya kepada blog yang kita bangunkan.

APA ITU SEO - PENGERTIAN

SEO (Search Engine Optimization) adalah teknik untuk menaikkan sebuah ranking website atau blog hingga ke posisi terbaik dalam carian search engine seperti Yahoo, Bing atau Google dengan menggunakan kata kunci (keyword).

SEO DAN HUBUNGKAITNYA KATA KUNCI / KEYWORD

1. Merupakan teks ringkas yang ditaip pada search engine
2. Digunakan untuk menarik trafik ke laman web atau blog
3. Akan tertera di posisi paling atas dan terbaik di laman search engine

APA ITU KATA KUNCI / KEYWORD?



Secara logiknya, kita sebagai pembangun laman web atau blogger tidak akan mengetahui apakah kata kunci yang akan ditulis oleh pelawat, justeru itu, kita hanya meneka sebarang kemungkinan kata kunci yang akan ditulis oleh pelawat, dan dengan cara itu, kata kunci yang berkait antara kata kunci kita dan pelawat, akan menyebabkan website atau blog kita muncul dan terindex oleh search engine.

Oleh yang demikian, secara tidak langsung, korang dapat menarik sejumlah trafik ke website atau blog korang.

Apa Itu SEO dan Kepentingan Dalam Blog

MENGAPA SEO PENTING?

Trend masakini, search engine merupakan medium pertama yang digunakan oleh pelawat untuk melakukan carian seperti produk, ulasan, tempat menarik dan sebagainya. Jadi, SEO ini penting untuk memastikan website atau blog korang muncul di halaman teratas dalam search engine agar dapat ditemui oleh pelawat. Dengan ini, peluang untuk korang menjual produk, berkongsi tips atau apa sahaja yang berkait dengan kata kunci pelawat, akan senang ditemui oleh pelawat.

BAGAIMANA CARA MELAKUKAN SEO?

Berikut adalah teknik SEO paling basic untuk menaikkan rangking website atau blog korang dalam carian search engini

BUAT

1. Membuat kontent yang relevan dan berkualiti
2. Membuat struktur website dan blog yang mudah untuk di-crawl oleh Google
3. Melakukan link building yang berkualiti

JANGAN BUAT

1. Melakukan plagiat dengan menyalin kontent dari website atau blog orang lain.
2. Melakukan link farm
3. Melakukan keyword stuffing dengan meletakan keyword yang terlalu banyak.
4. Melakukan teknik Black Hat SEO

KESIMPULAN

Inilah penerangakn secara ringkas berkaitan SEO. Terdapat banyak sumber - sumber yang menerangkan secara terperinci berkenaan SEO ini, cuma secara dasarnya, entri ini lebih kepada pengenalan kepada SEO. Harap perkongsian ilmu ini memberi manfaat kepada semua. TQ

No Comments
Marvel's Spider-Man - The Heist DLC Pertama Telah Dilancarkan

Peminat -peminat Marvel's Spider-Man bolehlah melompat kegembiraan kerana DLC pertama Marvel's Spider-Man iaitu "The Heist" telah dilancarkan pada 23 Oktober 2018 yang lalu. Bagi korang yang telah membeli pas musim (Season Pass) boleh memuat turun secara percuma DLC "The Heist" ini. Jika korang tidak membeli pass musim, jangan risau, korang boleh membeli DLC ini dengan harga RM39 di Playstation Store.

Apa yang menarik dalam DLC The Heist dalam Marvel's Spider-Man ini?

Melalui DLC ini, korang akan mengembara di kawasan bandaraya New York untuk mencari klue @ petunjuk yang ditinggalkan oleh watak terbaru iaitu Black Cat. DLC ini menyajikan pelbagai misi dan cabaran baru dan yang penting DLC ini menawarkan 3 kostum baru tetapi korang kena unlocked dulu la ye.

Marvel's Spider-Man - The Heist DLC Pertama Telah Dilancarkan
Black Cat
No Comments


Assalamualaikum Hairangers! Bagi korang yang dah tengok filem Hantu Kak Limah, pastinya mengakui bahawa filem ini mempunyai unsur humor dalam kelasnya yang tersendiri. Sebab itu, ada sesetengah penonton yang enjoy dan ada juga sebaliknya. Bagi aku, filem ini memang ada kekuatan yang tersendiri dari setiap segi.

Ekoran daripada itu, aku pernah buat satu video reaksi terhadap trailer Hantu Kak Limah. Apa tunggu lagi, mari kita enjoice!


No Comments

Seperti yang anda tahu, permainan jenis Augmented Reality kini sudah tidak asing lagi dalam dunia permainan video. Semenjak permainan Pokemon Go! diperkenalkan oleh syarikat Niantic, kini syarikat FourThirtyThree juga mengorak langkah yang sama dengan membangunkan permainan Ghostbusters World, dimana anda ditugaskan untuk menangkap hantu - hantu yang berkeliaran di dunia sebenar!

Adakah Ghostbusters World mampu menandingi Pokemon Go! atau permainan ini juga akan menerima nasib yang sama seperti Pokemon Go!. Jika anda berminat, bolehlah muat turun di Goole Play Store secara percuma.



No Comments
Newer Posts
Older Posts

TUANPUNYA BLOG INI BERTANYA

About Me

Sebarang feedback / advertising / pertanyaan boleh email ke hairanmatnoor@gmail.com

LIKE FACEBOOK AKU

FOLLOW INSTAGRAM AKU

Instagram

PALING HAIRAN MINGGU INI

  • Cara Hack Duit Car Parking Multiplayer 2020 Paling Mudah Tanpa App [TERBUKTI!]
  • Cara Mudah Lajukan Kereta Car Parking Multiplayer 2020 Malaysia
  • Cara Mudah Aku Menang Main Ice Scream 1 Horror Neighbourhood Gameplay
  • Aku Main Levels Dalam CAR PARKING MULTIPLAYER dan Satu Level Ni Buat Aku Panas!
  • CARA DAPATKAN DUIT DI CAR PARKING MULTIPLAYER 4.5.9 Dengan Mudah Tanpa Hack! (Malaysia)

ARKIB HAIRAN

  • ►  2022 (14)
    • ►  December 2022 (2)
    • ►  May 2022 (8)
    • ►  March 2022 (4)
  • ►  2021 (22)
    • ►  December 2021 (4)
    • ►  September 2021 (11)
    • ►  June 2021 (3)
    • ►  May 2021 (1)
    • ►  April 2021 (1)
    • ►  March 2021 (2)
  • ►  2020 (30)
    • ►  December 2020 (4)
    • ►  November 2020 (10)
    • ►  August 2020 (2)
    • ►  April 2020 (7)
    • ►  March 2020 (6)
    • ►  January 2020 (1)
  • ►  2019 (19)
    • ►  December 2019 (1)
    • ►  October 2019 (1)
    • ►  September 2019 (1)
    • ►  April 2019 (1)
    • ►  March 2019 (4)
    • ►  February 2019 (11)
  • ▼  2018 (24)
    • ►  December 2018 (1)
    • ►  November 2018 (3)
    • ▼  October 2018 (8)
      • 20 Juta Unit Nintendo Switch Telah Berjaya Dijual
      • God Eater 3 Akan Dilancarkan Pada 8 Februari 2019
      • Anda Kini Boleh Hantar Sticker Menggunakan Whatsapp
      • Diskaun Hebat Dari Hostgator Untuk Domain dan Web ...
      • Apa Itu SEO dan Kepentingan Dalam Blog
      • Marvel's Spider-Man - The Heist DLC Pertama Telah ...
      • Video Reaksi Kepada Trailer Hantu Kak Limah 2018
      • Ghostbusters World - Kini Anda Boleh Menangkap Han...
    • ►  August 2018 (4)
    • ►  June 2018 (1)
    • ►  February 2018 (1)
    • ►  January 2018 (6)
  • ►  2017 (4)
    • ►  November 2017 (2)
    • ►  September 2017 (2)

JENIS - JENIS HAIRAN

  • Ini Cool (8)
  • Ini Fakta (6)
  • Ini Filem (1)
  • Ini Gameplay (80)
  • Ini Gaming (22)
  • Ini Kreatif (2)
  • Ini Layan (1)
  • Ini Panduan (2)
  • Ini Personal (1)
  • Ini Reaksi (2)
  • Ini Seram (21)
  • Ini Teknologi (2)
  • Ini Ulasan (2)

Hakcipta oleh Encik Hairan