• UTAMA
  • MENGENAI AKU
  • HUBUNGI AKU
  • PENAFIAN
  • ISI KANDUNGAN
Powered by Blogger.
youtube facebook instagram twitter

Encik Hairan

 Pakej Internet Digi, Pakej Internet Celcom, Pakej Internet Unifi, Pakej Internet Maxis

Tahun 2018 merupakan tahun persaingan antara pembekal pelan internet di Malaysia. Masing - masing menawarkan pelbagai pelan dan pakej intenet yang murah dengan penawaran kuota yang besar. Unifi, Time dan Maxis antara syarikat yang berlumba - lumba menawarkan pelan intenet yang terbaik buat masa sekarang.

Apakah Faktor Pemilihan Pelan Internet?

Kelajuan - Ini akan menentukan berapa cepat atau lancar pengalaman anda melayari Internet. Sebagai contoh, semakin pantas kelajuan, semakin cepat muat turun dan muat naik fail anda.

Kuota - Ini akan banyak bergantung kepada tabiat anda semasa melayari Internet. Kalau boleh carilah pelan yang memberikan anda kuota tanpa had seperti Digi Unlimited. Jika tidak, jika anda menghabiskan sebahagian besar masa anda mendengar muzik dan menjawab e-mel, anda boleh memilih pelan intenet dalam julat 5GB sebulan.

Harga Bulanan - Apa yang akan anda bayar setiap bulan? Adakah nilai untuk wang? Untuk menentukan sama ada harga yang anda bayar mahal atau tidak, anda boleh mendapatkan harga setiap kuota pelan yang anda minati dan bandingkan terhadap satu sama lain.

Capaian internet -  Ini mungkin salah satu faktor yang paling penting; untuk menentukan sama ada penyedia internet menyediakan perkhidmatan di kawasan anda atau tidak. Selain itu, jika anda lebih gemarkan intenet tanpa wayar, pelan ini boleh didapati di mana-mana sahaja.

Tempoh Kontrak - Tempoh kontrak biasanya 12 bulan dan 24 bulan.

Penyedia Internet di Malaysia

TM: Sebagai syarikat telekomunikasi bersepadu terkemuka di Malaysia, TM menyediakan pelbagai perkhidmatan dari ADSL (Streamyx) ke Internet Fiber (UniFi). Ia juga mempunyai Hypp TV yang membolehkan anda menonton pelbagai saluran popular dalam talian, juga dikenali sebagai IPTV.

TIME: Pembekal perkhidmatan jalur lebar gentian optik 100% yang pertama di Malaysia dengan kelajuan sehingga 500Mbps.

Maxis: Salah satu syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia, ia juga mempunyai salah satu rangkaian wayarles yang paling luas di Malaysia. Sama seperti penyedia Internet yang lain, ia juga menawarkan Internet serat dengan kelajuan sehingga 100Mbps.

Astro IPTV: Dihadiahkan dengan sumbangannya kepada industri TV berbayar di Asia dan dengan 60% rumah di Malaysia yang melanggan perkhidmatannya, Astro kini membawa pengalaman IPTV dengan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi ke rumah anda.

P1: Salah satu penyedia perkhidmatan data, suara dan nilai tambah pilihan untuk rangkaian jalur lebar mudah alih di Malaysia. P1 WiMAX menyediakan anda dengan fleksibiliti sambungan di-the-go atau di rumah dengan kelajuan sehingga 2Mbps; dan kuota tanpa had.

Buat Perbandingan Pelan Intenet Dengan iMoney

iMoney - Pelan Internet Terbaik Di Malaysia

Kalau anda rasa sukar untuk membuat pilihan berkaitan pelan internet yang terbaik, website iMoney mungkin boleh membantu anda dengan membuat perbandingan yang terbaik untuk anda supaya anda boleh membuat pilihan yang bijak. Sekiranya anda berpuas hati, boleh terus mendaftar pelan internet anda dengan iMoney di link disini - http://invol.co/clcplq


Buatlah Pilihan yang Bijak!

[1] iMoney
2 Comments
Assalamualaikum Hairangers! Band Modescape merupakan sebuah kumpulan musik dari Malaysia dengan genre lagu yang dibawa lebih kepada pop-rock dan ada elemen - elemen japanese rock (pendapat aku saja tau). Semenjak OST filem Alif Dalam 7 Dimensi, lagu Modescape bertajuk Hilang memang menjadi siulan aku sebab melodi lagunya yang catchy.


Kemudian, band ini release pulak lagu single terbaru iaitu Mimpi dan Dunia. Serius, aku memang suka lagu Mimpi dengan lirik yang ditulis ringkas dan senang diingati. Dua tiga kali jugak aku repeat lagu Mimpi nih hahaha.





Industri musik Malaysia sememangnya memerlukan band - band yang bermutu macam ini dengan musik yang ditulis dengan baik dan tersusun. Bukan macam lagu Bobo Dimana, macam SAMPAH!


So kalau korang macam aku minat musik - musik macam ini boleh layan dan kalau boleh promosikan musik - musik berkualiti seperti band Modescape dan musik - musik lain yang layak untuk dipopularkan, bukan popular disebabkan kontroversi.


Encik Hairan - Damn, lagu Alif Syukri yang nasyid pun layan! Hahaha
No Comments


Assalamualaikum Hairangers! GTA V (Story Mode) Part 4 telah siap diupload ke dalam Youtube Channel aku. Misi kali ini, Anak Si Micheal, Jimmy dah tersilap deal dengan penipu, depa nak cilok Yatch Micheal dan mempergunakan Jimmy.

Tapi jadi masalah pula bila si Jimmy ada dalam Yatch dalam masa yang sama, geng pencuri tu sedang melarikan diri. So, Micheal kena selamatkan Jimmy dan dapatkan semula Yatch yang telah dicuri. Apa pun memang menarik misi kali ini guys! Jom tengok gameplay ini.
No Comments
Apa Itu Netflix Dan Kenapa Aku Terjebak


Assalamualaikum Hairangers. Ya, Netflix..sebuah portal yang membolehkan kita akses ke pelbagai jenis movie, tv drama, anime, dokumentari dan pelbagai genre yang menarik secara online. Dulu Netflix ini hanya beroperasi di US, namun mereka telah melebarkan jajahan sehingga ke Malaysia.


Apa Yang Menarik Tentang Netflix?


Pakej Langganan yang ditawarkan sememangnya berbaloi bagi aku. Terdapat 3 pakej yang ditawarkan dan aku memilih pakej RM42/sebulan memandagkan pakej ini menawarkan tayangan HD serta boleh ditonton dalam 2 screen pada masa yang sama. Mula - mula ingat nak ambil yang RM33/sebulan sahaja, tapi zaman sekarang semua pakat tengok HD movie belaka, takkan aku masih nak tengok kualiti SD. Tengok Youtube pun aku pilih kualiti HD hahaha. Lupa nak mention, Netflix juga menawarkan langganan PERCUMA untuk satu bulan pertama apabila kita melanggan. So memang berbaloi la.


Apa Itu Netflix Dan Kenapa Aku Terjebak


Kenapa Aku Terjebak?


Stranger Things - ini TV Drama yang membuatkan aku terjebak dalam kancah Netflix ini. Mula - mula tengok trailer sahaja tapi bila baca sinopsis bagai, rasa terpikat pula nak tengok. So, aku ingat nak langgan PERCUMA untuk satu bulan lepas tu terminate la, bijak tak? Lepas settle tengok Stranger Things, maka bermulalah explorasi movies - movies yang berikutnya. Kemudian aku terjumpa pula anime Bleach full season. Damn! Suatu ketika dulu anime ni jadi fenomena bagi aku, siap pensil aku study pun aku bagi nama. Hahaha (Bleach ini sebuah anime yang mengisahkan tentang dunia shinigami atau malaikat maut yang melawan Hollow. Senjata mereka guna dipanggil Zanpakutou iaitu Pedang dan setiap pedang ini ada nama dan kuasa tersendiri). Oleh sebab aku start tengok Season 1, makanya kena tengok semua Season la nampaknya.


Apa Itu Netflix Dan Kenapa Aku Terjebak


Berbaloi ke idok?


Siapa - siapa yang benci Astro, memang sesuai langgan Netflix, dan korang boleh terminate sesuka hati tanpa kena denda. Memang tak tertengok lah semua movies sebab Netflix akan update dan masukkan movies setiap hari. Cuma maybe movie tidak berkekalan, untuk suatu ketika Netflix akan remove movie yang lama dan ganti movie yang baru or vise versa.


Sekarang terjebak tengok iFlix pula, jilake tul!



2 Comments

Assalamualaikum Hairangers! Baru - baru ini Nintendo telah mengumumkan statistik jumlah jualan syarikat tersebut dari segi unik produk dan juga perisian dan permainan video. Walaupun laporan tersebut agak postif, tetapi kadar penjualan masih lemah dimana sebanyak 1.88 juta unit Switch terjual dari April hingga Jun 2018 berbanding anggaran sebanyak 20 juta unit.

Jumlah jualan rasmi Nintendo Switch adalah sebanyak 19.67 juta unit setakat 30hb Jun 2018, manakala jumlah jualan perisian mencecah 89.93 unit.

Untuk permainan video, Super Mario Odyssey kini antara yang paling laris iaitu dicatatkan jualan sebanyak 11.17 juta unit, dan diikuti oleh Mario Kart 8 Deluxe sebanyak 10.35 juta dan juga Zelda: Breath of The Wild sebanyak 9.32 juta

Super Mario Odyssey
Super Mario Odyssey

Mario Kart 8 Deluxe
Mario Kart 8 Deluxe

Zelda: Breath of The Wild
Zelda: Breath of The Wild

Aku bukan peminat Nintendo Switch tetapi console inilah yang mencorakkan dunia gaming dunia. Cuba korang terjah blog Aksiz, ada banyak video review berkaitan Nintendo ini. Jangan tanya aku sebab aku geng PS4. Muahahaha!

No Comments
Assalamualaikum Hairanger! Bagi korang yang pernah bermain God Eater, pastinya tidak asing lagi dengan permainan pertarungan dengan raksasa ini. Suatu ketika dulu, aku pernah bermain God Eater ini di PSP dan gameplay game ini memang terbaik dengan senjata kau yang besar dan kompleks! Haha bestnya mengimbau nostalgia.



Baru - baru ini Bandai Namco telah melancarkan trailer dengan sedikit teaser gameplay bagi God Eater 3. Dimaklumkan God Eater 3 bakal dilancarkan pada 8 Februari 2019. Kepada peminat God Eater 3, pastinya korang ternanti - nanti siri terbaru God Eater ini. So, jangan lepaskan peluang! Before that, ayuh layan trailer God Eater 3 ini dahulu. TQ

No Comments
Anda Kini Boleh Hantar Sticker Menggunakan Whatsapp

Kami hairan dan pelik kenapa fungsi sokongan Sticker masih belum terdapat pada aplikasi Whatsapp sedangkan aplikasi messegers yang lain seperti LINE, Telegram dan Facebook Messenger sudah lama memperkenalkan fungsi Sticker ini.

Namun, hari ini dalam sejarah dimana Whatsapp sudah mula memperkenalkan sokongan sticker untuk semua pengguna. Pastikan korang melakukan update terlebih dahulu untuk dapat menggunakan fungsi emoji Sticker ini.

Anda Kini Boleh Hantar Sticker Menggunakan Whatsapp

BAGAIMANA CARANYA UNTUK MENGGUNAKAN WHATSAPP STICKER?

Senang sahaja, korang masuk ke aplikasi Whatsapp dan tekan butang Emoji pada bahagian penjuru kiri sebelum korang menaip dan seterusnya korang pilih tab "Stickers" dan taa-daa! Korang juga boleh muat-turut pelbagai "Stickers" yang disediakan dibutang "+" semasa membuka tab "Sticker" ini.

Anda Kini Boleh Hantar Sticker Menggunakan Whatsapp
image credit to - livemint
Sumber:

Telecomtalk
TheVerge
Amanz
No Comments

Hostgator Review - Bagi korang yang baru berjinak - jinak dengan dunia blogging, adalah menjadi kewajipan untuk korang tahu apakah itu domain dan apakah itu web hosting. Kedua - dua entiti ini berkait rapat dan penting untuk kita pelajari.

Secara ringkasnya, Domain name adalah nama blog yang korang inginkan dalam extension .my .com .net atau sebagainya. Dalam erti kata lain, domain name adalah seperti nama kedai anda atau brand yang represent anda sebagai owner. Korang boleh sahaja untuk menggunakan extension seperti .blogspot.com atau .wordpress.com, namun bagi menampakkan professionalism itu, kebanyakkan blogger menyukai extension .my atau .com. Sebagai contoh, beautifulnara.com, hasrulhassan.com, hairanblog.com, ohbulan.com dan sebagainya. Taste masing - masing.


Web Hosting pula boleh difahamkan sebagai tempat untuk korang menjalankan aplikasi, menyimpan fail, gambar atau video di lokasi terpusat (server) yang boleh diakses melalui internet. Jadi, sekiranya korang ada nama kedai, pastinya korang perlu tempat penyimpanan. So, barang - barang korang akan disimpan disini.

Untuk tujuan itu, Hostgator, salah sebuah syarikat penyedia web hosting dan juga domain name, telah melakukan promosi yang agak hebat, dimana penawaran Hostgator plans sehingga 62% diskaun.

Terdapat tiga (3) pakej yang ditawarkan oleh Hostgator iaitu:

1. Hatchling Plan bermula $2.64/mo* (anggaran sebanyak RM11.02/mo*)

2. Baby Plan bermula $3.78/mo* (anggaran sebanyak RM15.78/mo*

3. Business Plan bermula $5.68/mo* (anggaran sebanyak RM23.71/mo*)

Diskaun Hebat Dari Hostgator Untuk Domain dan Web Hosting

Diskaun Hebat Dari Hostgator Untuk Domain dan Web Hosting
Dengan tiga (3) plan ini korang boleh dapatkan Hostgator domain dan juga Hostgator hosting yang berbaloi. Korang boleh ke link Hostgator Support untuk maklumat lanjut.

Disclaimer: Ini bukan posting berbayar. Sekadar perkongsian 
No Comments
Apa Itu SEO dan Kepentingan Dalam Blog

Bagi korang yang belum pernah mendengar apa itu SEO atau nama panjangnya Search Engine Optimizition, dalam entri kali ini saya akan terangkan secara ringkas apa itu SEO dan manfaatnya kepada blog yang kita bangunkan.

APA ITU SEO - PENGERTIAN

SEO (Search Engine Optimization) adalah teknik untuk menaikkan sebuah ranking website atau blog hingga ke posisi terbaik dalam carian search engine seperti Yahoo, Bing atau Google dengan menggunakan kata kunci (keyword).

SEO DAN HUBUNGKAITNYA KATA KUNCI / KEYWORD

1. Merupakan teks ringkas yang ditaip pada search engine
2. Digunakan untuk menarik trafik ke laman web atau blog
3. Akan tertera di posisi paling atas dan terbaik di laman search engine

APA ITU KATA KUNCI / KEYWORD?



Secara logiknya, kita sebagai pembangun laman web atau blogger tidak akan mengetahui apakah kata kunci yang akan ditulis oleh pelawat, justeru itu, kita hanya meneka sebarang kemungkinan kata kunci yang akan ditulis oleh pelawat, dan dengan cara itu, kata kunci yang berkait antara kata kunci kita dan pelawat, akan menyebabkan website atau blog kita muncul dan terindex oleh search engine.

Oleh yang demikian, secara tidak langsung, korang dapat menarik sejumlah trafik ke website atau blog korang.

Apa Itu SEO dan Kepentingan Dalam Blog

MENGAPA SEO PENTING?

Trend masakini, search engine merupakan medium pertama yang digunakan oleh pelawat untuk melakukan carian seperti produk, ulasan, tempat menarik dan sebagainya. Jadi, SEO ini penting untuk memastikan website atau blog korang muncul di halaman teratas dalam search engine agar dapat ditemui oleh pelawat. Dengan ini, peluang untuk korang menjual produk, berkongsi tips atau apa sahaja yang berkait dengan kata kunci pelawat, akan senang ditemui oleh pelawat.

BAGAIMANA CARA MELAKUKAN SEO?

Berikut adalah teknik SEO paling basic untuk menaikkan rangking website atau blog korang dalam carian search engini

BUAT

1. Membuat kontent yang relevan dan berkualiti
2. Membuat struktur website dan blog yang mudah untuk di-crawl oleh Google
3. Melakukan link building yang berkualiti

JANGAN BUAT

1. Melakukan plagiat dengan menyalin kontent dari website atau blog orang lain.
2. Melakukan link farm
3. Melakukan keyword stuffing dengan meletakan keyword yang terlalu banyak.
4. Melakukan teknik Black Hat SEO

KESIMPULAN

Inilah penerangakn secara ringkas berkaitan SEO. Terdapat banyak sumber - sumber yang menerangkan secara terperinci berkenaan SEO ini, cuma secara dasarnya, entri ini lebih kepada pengenalan kepada SEO. Harap perkongsian ilmu ini memberi manfaat kepada semua. TQ

No Comments
Marvel's Spider-Man - The Heist DLC Pertama Telah Dilancarkan

Peminat -peminat Marvel's Spider-Man bolehlah melompat kegembiraan kerana DLC pertama Marvel's Spider-Man iaitu "The Heist" telah dilancarkan pada 23 Oktober 2018 yang lalu. Bagi korang yang telah membeli pas musim (Season Pass) boleh memuat turun secara percuma DLC "The Heist" ini. Jika korang tidak membeli pass musim, jangan risau, korang boleh membeli DLC ini dengan harga RM39 di Playstation Store.

Apa yang menarik dalam DLC The Heist dalam Marvel's Spider-Man ini?

Melalui DLC ini, korang akan mengembara di kawasan bandaraya New York untuk mencari klue @ petunjuk yang ditinggalkan oleh watak terbaru iaitu Black Cat. DLC ini menyajikan pelbagai misi dan cabaran baru dan yang penting DLC ini menawarkan 3 kostum baru tetapi korang kena unlocked dulu la ye.

Marvel's Spider-Man - The Heist DLC Pertama Telah Dilancarkan
Black Cat
No Comments


Assalamualaikum Hairangers! Bagi korang yang dah tengok filem Hantu Kak Limah, pastinya mengakui bahawa filem ini mempunyai unsur humor dalam kelasnya yang tersendiri. Sebab itu, ada sesetengah penonton yang enjoy dan ada juga sebaliknya. Bagi aku, filem ini memang ada kekuatan yang tersendiri dari setiap segi.

Ekoran daripada itu, aku pernah buat satu video reaksi terhadap trailer Hantu Kak Limah. Apa tunggu lagi, mari kita enjoice!


No Comments

Seperti yang anda tahu, permainan jenis Augmented Reality kini sudah tidak asing lagi dalam dunia permainan video. Semenjak permainan Pokemon Go! diperkenalkan oleh syarikat Niantic, kini syarikat FourThirtyThree juga mengorak langkah yang sama dengan membangunkan permainan Ghostbusters World, dimana anda ditugaskan untuk menangkap hantu - hantu yang berkeliaran di dunia sebenar!

Adakah Ghostbusters World mampu menandingi Pokemon Go! atau permainan ini juga akan menerima nasib yang sama seperti Pokemon Go!. Jika anda berminat, bolehlah muat turun di Goole Play Store secara percuma.



No Comments

Assalamualaikum Hairangers!

Yeahhhhhh!! Akhirnya God of War 2018 telah keluar dan alhamdulilah dapat jugak aku merasa untuk bermain game God of War nih. First impression aku, sememangnya game ini dibuat dengan teliti. Tak macam dulu, just belasah monters dengan hayunan Blade of Chaos. Watak Kratos dalam game ini adalah seorang Ayah, dia sembunyi di Dunia Norse selepas kehancuran Olympus. Kalau ikutkan storyline nih, dia dah berkahwin dan mempunyai seorang anak iaitu Atreus.

Tak nak cakap banyak, better korang tengok gameplay God of War ini untuk kita sama - sama menyusuri perjalanan Kratos dan anaknya.


No Comments
Assalamualaikum Hairangers!

Misi GTA V diteruskan lagi guys. Kali ni jadi tugas aku kena tarik kereta anak si Micheal pulak. Anak Micheal , Jimmy ni dia beli kereta dan tak bayar ansuran kereta. So, boss Sameon bengang la . Apalagi, dia suruh aku la pi tarik kereta tu sebab misi sebelum tu dia tau Lamar pi balaih motosikal dia tapi Sameon tuduh aku. Hareyy tuii. So, dia bagi mission yang susah dekat aku. Apa yang terjadi? Korang kena la tengok video nih hehehe

No Comments
Assalamualaikum Hairangers!

Korang pernah tak main game Outlast nih? Hareyyy tuii! Seram gila weh! Gameplay Outlast yang part first pun dah merapu dah, ni part 2 pulak memang seram macam hanat! Lepas terserempak dengan makluk jadian tu, aku tak cakap banyak la memang nak keluar la dari hospital gila nih. Dah tu, si paderi tu pi tutup suis generator! Satu hal pulak aku nak pi cari balik suis generator tu.

Apa yang terjadi? Dapat ka aku cari kesemua suis dan on balik supaya aku dapat berambus keluar dari hospital nih? Let's find out! Hahaha

No Comments
Assalamualaikum Hairangers!

Apa Habaq? Video hari ini aku bermain GTA V Story Mode dengan misi kali ini, Franklin dianugerahkan Employee of the Month. Hahaha tapi Lamar pulak tak puas hati, jadi boss Sameon buat keputusan siapa yang berjaya tarik motosikal (yang dalam misi ini) akan dianugerahkan Employee of the Month. So, sapa pulak yang akan dapat anugerah tu? Jom layan GTA V Malaysia Story Mode Part 2.

No Comments
Assalamualaikum Guys! Korang kaki gamers pastinya tahu akan permainan game Grand Theft Auto atau lebih dikenali sebagai GTA. Walaupun permainan video ini telah lama keluar tetapi ianya tidak mematahkan semangat aku untuk bermain. Kali ini aku bermain dalam story mode. Harap aku dapat habiskan game nih! Hehehe

No Comments
Assalamualaikum Guys! Kalau korang yang jenis mudah latah, jantung jenis timing lemah, better tengok gameplay nih dengan volume yang rendah sebab seriusly jumpscare dia macam haram! Hahaha

Video kali ini aku bermain game Outlast, yang dikategorikan sebagai game horror yang lain dari yang lain (level lagi tinggi). Jadi, macam biasa, aku walaupun sedikit penakut tapi kena gentle jugak, kena main jugak baru tahu tahap keseraman game ini macam mana. So without further a do, let's watch ma video! Enjoiceeeee!!




No Comments
Assalamualaikum Guys!

Aku sangat - sangat teruja apabila hari ini, Sony dengan bangganya telah mendedahkan bahawa the new God Of War bakal dipasarkan pada 20 April 2018. Kepada korang yang meminati siri God Of War, pastinya tidak akan ketinggalan untuk bermain siri terbaru ini. Kena start kumpul duit boss..

God of War yang terbaru ini menampilkan wajah baru hero kita iaitu Kratos dan juga storyline yang berbeza dimana kali ini kita akan meneroka sejarah atau mitos berkisar tentang Norse. Jadi a new storyline, suatu nafas baru dan perwatakan Kratos yang ala - ala kebapaan. Seriusly??

Tapi bagi aku, perubahan - perubahan yang dibuat kepada God of War adalah perlu kerana kau akan rasa bosan dan tiada improvement sekiranya developer Santa Monica masih mengekalkan gameplay yang lama.

Jadi aku nak kongsikan trailer terbaru God of War yang sangat ohsem ini. Enjoice!


p/s: Kalau korang perasan, dalam trailer terbaru ini, macam ada forshadow (bayangan) yang Kratos akan mengunakan Chain of Olympus. Kalau betul, seriusly aku excited syialll!!


No Comments
12 Games Yang Terlajak Laris Dijual di Steam Tahun 2017

Assalamualaikum Guys! Semalam aku belek - belek store dekat Steam dan wondering game apa yang aku nak purchase dan berbaloi bila main. Belek punya belek aku terjumpa satu artikel di PC Gamer yang menyenaraikan 12 games yang terlajak laris dijual di Steam bagi tahun 2107. Seperti yang aku jangka, game seperti Grand Theft Auto V dan PUBG sememangnya sangat diminati dan tersenarai dalam 12 games yang laris dijual.

12 Games Yang Terlajak Laris Dijual di Steam Tahun 2017
Grand Theft Auto V - All time favorite bagi semua gamer

12 Games Yang Terlajak Laris Dijual di Steam Tahun 2017
Game nih yang buat aku rage sebab baru seronok kutip barang dah kojol...Harey tui!

Steam juga menyenaraikan games - games yang dijual ini kepada beberapa kategori iaitu Platinum, Gold, Silver dan Bronze. Berikut adalah 12 games dalam kategori Platinum yang laris dijual pada tahun 2017:

  • H1Z1
  • The Witcher 3
  • Divinity: Original Sin 2
  • Rainbow Six Siege
  • Dota 2
  • Ark: Survival Evolved 
  • Counter Strike: Global Offensive
  • GTA V
  • Rocket League
  • Warframe
  • PlayerUnknown's Battlegrounds
  • Ghost Recon Wildlands 

So, lepas nih kalau korang nak beli game di Steam, pastikan games yang disenaraikan diatas menjadi wishlist korang kay! Aku beli PUBG je sebab itu je yang aku mampu beli buat masa nih..huhuhu (sad song)

sumber aku baca: PC Gamer
No Comments
Assalamualaikum Guys! Bila semua gamers duk main Playerunknown's Battlegrounds (PUBG), aku pun nak main jugak, tapi level aku bukanlah tahap pro atau one hit one kill, cuma skill aku sekadar dipinggiran sahaja. Namun sebagai gamers, aku menyahut seruan untuk bermain PUBG dengan penuh dedikasi.

Apa yang menarik mengenai PUBG nih, ialah game ini menguji survival skill individu, adakah korang peka terhadap keadaan sekeliling disamping korang diasak untuk berada didalam lingkaran bulat (kalau berada diluar lingkaran, korang akan mati secara perlahan). Jadi berbekalkan ilmu yang kurang, aku jelajahi dunia PUBG ini. Pastikan korang nantikan ending video aku sebab ending ini membuktikan survival skill aku. Tak percaya? Jom layan video aku. Enjoiceeee!

No Comments
Assalamualaikum Guys! Apa Habaq? Ok, macam dalam tajuk diatas, mental aku memang koyak bila main game Cuphead nih. Susah gila! Berapa banyak kali aku repeat main game nih. Yang membuatkan aku stress sebab once kau kalah, kau kena start from the start. Fuhhhhh! Sabaq la labuuuuu..

Tapi, aku memang enjoice main Cuphead sebab rekaan game ini  mengembalikan kita di zaman graphic kartun ala - ala 90-an. Dari segi kawalan kendalian permainan pun senang (kalau ada joystick lagi mudah).

So untuk korang tengok betapa koyaknya mental aku, jom layan gameplay Cuphead (Part 1) dan pastikan korang Subscribe channel aku, bagi Super Highfive LIKE dekat game aku dan jangan lupa tinggalkan komen korang ya!

No Comments
Assalamualaikum Guys! Apa khabar?? Haaa..video kali ini, aku mencabar diri aku untuk bermain horror games. Setiap kali aku nak main, terlintas dibenak fikiran aku adakah aku mampu tidur malam setelah bermain game hantu ini? Tapi, demi menjadi seorang youtuber, cabaran tersebut harus aku sahut biarpun terkencing malam. Jadi guys, jom layan gameplay aku bermain "Home Sweet Home". Aku harap korang semua dapat tidur malam dengan aman. Sebelum tidur, sila pastikan, jangan tutup lampuuuuuuuuu....

No Comments
Assalamualaikum Guys! Inilah dia part ke 4 Uncharted 4. Aku rasa sangat enjoy bila bermain Uncharted 4 sebab storyline dan skrip yang dibuat oleh team Naughty Dog memang power! Emosi dan aksi yang realistik sememangnya terbaik. Jom layan video gameplay Uncharted 4 part 4. Enjoice!

No Comments
Newer Posts
Older Posts

TUANPUNYA BLOG INI BERTANYA

About Me

Sebarang feedback / advertising / pertanyaan boleh email ke hairanmatnoor@gmail.com

LIKE FACEBOOK AKU

FOLLOW INSTAGRAM AKU

Instagram

PALING HAIRAN MINGGU INI

  • Cara Hack Duit Car Parking Multiplayer 2020 Paling Mudah Tanpa App [TERBUKTI!]
  • Cara Mudah Lajukan Kereta Car Parking Multiplayer 2020 Malaysia
  • Cara Mudah Aku Menang Main Ice Scream 1 Horror Neighbourhood Gameplay
  • Aku Main Levels Dalam CAR PARKING MULTIPLAYER dan Satu Level Ni Buat Aku Panas!
  • CARA DAPATKAN DUIT DI CAR PARKING MULTIPLAYER 4.5.9 Dengan Mudah Tanpa Hack! (Malaysia)

ARKIB HAIRAN

  • ►  2022 (14)
    • ►  December 2022 (2)
    • ►  May 2022 (8)
    • ►  March 2022 (4)
  • ►  2021 (22)
    • ►  December 2021 (4)
    • ►  September 2021 (11)
    • ►  June 2021 (3)
    • ►  May 2021 (1)
    • ►  April 2021 (1)
    • ►  March 2021 (2)
  • ►  2020 (30)
    • ►  December 2020 (4)
    • ►  November 2020 (10)
    • ►  August 2020 (2)
    • ►  April 2020 (7)
    • ►  March 2020 (6)
    • ►  January 2020 (1)
  • ►  2019 (19)
    • ►  December 2019 (1)
    • ►  October 2019 (1)
    • ►  September 2019 (1)
    • ►  April 2019 (1)
    • ►  March 2019 (4)
    • ►  February 2019 (11)
  • ▼  2018 (24)
    • ▼  December 2018 (1)
      • Apakah Pelan Internet Terbaik Di Malaysia
    • ►  November 2018 (3)
      • Lagu Band Modescape Buat Aku Terpukau
      • GTA V Malaysia (Story Mode) Part 4 - Selamatkan Ji...
      • Apa Itu Netflix Dan Kenapa Aku Terjebak
    • ►  October 2018 (8)
      • 20 Juta Unit Nintendo Switch Telah Berjaya Dijual
      • God Eater 3 Akan Dilancarkan Pada 8 Februari 2019
      • Anda Kini Boleh Hantar Sticker Menggunakan Whatsapp
      • Diskaun Hebat Dari Hostgator Untuk Domain dan Web ...
      • Apa Itu SEO dan Kepentingan Dalam Blog
      • Marvel's Spider-Man - The Heist DLC Pertama Telah ...
      • Video Reaksi Kepada Trailer Hantu Kak Limah 2018
      • Ghostbusters World - Kini Anda Boleh Menangkap Han...
    • ►  August 2018 (4)
      • GOD OF WAR Malaysia (Part 1) - Welcome Boy
      • GTA V Malaysia Story Mode (Part 3) - Cinta Si Pen...
      • OUTLAST (Part 2) - Cari Suis Generator Tak Jumpa
      • GTA V Malaysia Story Mode (Part 2) - Yeah Aku Dapa...
    • ►  June 2018 (1)
      • GTA V (Part 1) - Jom Bermain Grand Theft Auto Stor...
    • ►  February 2018 (1)
      • OUTLAST (Gameplay) - Bila Penakut Nak Jugak Main G...
    • ►  January 2018 (6)
      • God Of War 2018 Bakal Berada Dipasaran 20 April Ini
      • 12 Games Yang Terlajak Laris Dijual di Steam Tahun...
      • Playerunknown's Battlegrounds (Malaysia) - Ending ...
      • Cuphead (Part 1) - Seriusly Game Nih Susah Bak Hang!
      • Home Sweet Home - Meremang Bulu Roma Main Game Nih!
      • Uncharted 4 (Part 4) - Sekali Kena Tibai Dengan Pe...
  • ►  2017 (4)
    • ►  November 2017 (2)
    • ►  September 2017 (2)

JENIS - JENIS HAIRAN

  • Ini Cool (8)
  • Ini Fakta (6)
  • Ini Filem (1)
  • Ini Gameplay (80)
  • Ini Gaming (22)
  • Ini Kreatif (2)
  • Ini Layan (1)
  • Ini Panduan (2)
  • Ini Personal (1)
  • Ini Reaksi (2)
  • Ini Seram (21)
  • Ini Teknologi (2)
  • Ini Ulasan (2)

Hakcipta oleh Encik Hairan