Diskaun Hebat Dari Hostgator Untuk Domain dan Web Hosting

by - Saturday, October 27, 2018


Hostgator Review - Bagi korang yang baru berjinak - jinak dengan dunia blogging, adalah menjadi kewajipan untuk korang tahu apakah itu domain dan apakah itu web hosting. Kedua - dua entiti ini berkait rapat dan penting untuk kita pelajari.

Secara ringkasnya, Domain name adalah nama blog yang korang inginkan dalam extension .my .com .net atau sebagainya. Dalam erti kata lain, domain name adalah seperti nama kedai anda atau brand yang represent anda sebagai owner. Korang boleh sahaja untuk menggunakan extension seperti .blogspot.com atau .wordpress.com, namun bagi menampakkan professionalism itu, kebanyakkan blogger menyukai extension .my atau .com. Sebagai contoh, beautifulnara.com, hasrulhassan.com, hairanblog.com, ohbulan.com dan sebagainya. Taste masing - masing.


Web Hosting pula boleh difahamkan sebagai tempat untuk korang menjalankan aplikasi, menyimpan fail, gambar atau video di lokasi terpusat (server) yang boleh diakses melalui internet. Jadi, sekiranya korang ada nama kedai, pastinya korang perlu tempat penyimpanan. So, barang - barang korang akan disimpan disini.

Untuk tujuan itu, Hostgator, salah sebuah syarikat penyedia web hosting dan juga domain name, telah melakukan promosi yang agak hebat, dimana penawaran Hostgator plans sehingga 62% diskaun.

Terdapat tiga (3) pakej yang ditawarkan oleh Hostgator iaitu:

1. Hatchling Plan bermula $2.64/mo* (anggaran sebanyak RM11.02/mo*)

2. Baby Plan bermula $3.78/mo* (anggaran sebanyak RM15.78/mo*

3. Business Plan bermula $5.68/mo* (anggaran sebanyak RM23.71/mo*)

Diskaun Hebat Dari Hostgator Untuk Domain dan Web Hosting

Diskaun Hebat Dari Hostgator Untuk Domain dan Web Hosting
Dengan tiga (3) plan ini korang boleh dapatkan Hostgator domain dan juga Hostgator hosting yang berbaloi. Korang boleh ke link Hostgator Support untuk maklumat lanjut.

Disclaimer: Ini bukan posting berbayar. Sekadar perkongsian 

ANDA MUNGKIN MEMINATI:

0 Comments