20 Juta Unit Nintendo Switch Telah Berjaya Dijual

by - Tuesday, October 30, 2018


Assalamualaikum Hairangers! Baru - baru ini Nintendo telah mengumumkan statistik jumlah jualan syarikat tersebut dari segi unik produk dan juga perisian dan permainan video. Walaupun laporan tersebut agak postif, tetapi kadar penjualan masih lemah dimana sebanyak 1.88 juta unit Switch terjual dari April hingga Jun 2018 berbanding anggaran sebanyak 20 juta unit.

Jumlah jualan rasmi Nintendo Switch adalah sebanyak 19.67 juta unit setakat 30hb Jun 2018, manakala jumlah jualan perisian mencecah 89.93 unit.

Untuk permainan video, Super Mario Odyssey kini antara yang paling laris iaitu dicatatkan jualan sebanyak 11.17 juta unit, dan diikuti oleh Mario Kart 8 Deluxe sebanyak 10.35 juta dan juga Zelda: Breath of The Wild sebanyak 9.32 juta

Super Mario Odyssey
Super Mario Odyssey

Mario Kart 8 Deluxe
Mario Kart 8 Deluxe

Zelda: Breath of The Wild
Zelda: Breath of The Wild

Aku bukan peminat Nintendo Switch tetapi console inilah yang mencorakkan dunia gaming dunia. Cuba korang terjah blog Aksiz, ada banyak video review berkaitan Nintendo ini. Jangan tanya aku sebab aku geng PS4. Muahahaha!

ANDA MUNGKIN MEMINATI:

0 Comments